Suatu Perjalanan Hidup...

SELAMAT MEMBACA DI RUANGAN KAMI..

Sunday, June 5, 2011

Renungan Himpunan Kata-kata Hikmah

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah 
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui 
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan 
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. 



Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka 
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu 
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan 
untuk kita. 



Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam 
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian 
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling 
hebat yang pernah dialami. 



Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai 
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu 
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. 



Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang 
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai 
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi 
sekiranya ia tidak, pastikanlah  ia terus mekar di dalam hati anda. 



Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu 
jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang 
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. 



Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan 
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang 
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman 
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda 
tersenyum. 



Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan 
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda 
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, 
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda 
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang 
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. 



Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda 
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan 
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang 
cukup untuk membuatkan anda bahagia. 



Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa 
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain 
juga. 



Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala 
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja 
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. 



Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, 
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka 
yang boleh m
enghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup 
mereka. 


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan 
tangisan. 



Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang 
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna 
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. 



Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda 
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, 
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan 
menangis. 



Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita 
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang 
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih 
mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian 
orang lain.

0 comments:

Post a Comment