Suatu Perjalanan Hidup...

SELAMAT MEMBACA DI RUANGAN KAMI..

Saturday, June 4, 2011

MATI NYA HATI

“Dosa demi dosa membuat hati seseorang menjadi mati.”

Oleh kerana itu, ketika seseorang berkata kepada Said Ibnul Musayyab bahwa Abdul malik bin Marwan berkata, “Saat ini, aku tak lagi merasakan kebahagiaan kerana kebajikan yang aku lakukan.Aku juga tidak merasakan kegelisahan kerana dosa yang aku perbuat.”

Maka Said Ibnul Musayyab berkata, “ saat itulah hatinya telah mati.”

Contoh diatas bukanlah satu-satunya pertanda matinya hati, melainkan masih banyak indikasi lainnya, seperti yang tertera di bawah ini.

1. Merasa senang dengan perbuatan dosa dan berusaha menampakkannya.

2. Keinginan yang membara untuk berkumpul dengan orang-orang yang selalu berbuat maksiat.

3. Merasa tertekan ketika melihat orang-orang yang taat.

4. Senantiasa berbuat dosa dan tidak segera bertaubat.

5. Tidak lagi merasa sedih dengan hilangnya perbuatan taat.

6. Tidak lagi menolak kemungkaran, baik itu dengan tangan, lisan, maupun hatinya.


Wahai Saudaraku, aku senantiasa mengingatkanmu dan aku katakan :

Ingatlah selalu hati mu dari tidur harian mu

Kerana orang yang mendapat taufik adalah yang sentiasa waspada

Jika aku tidak sadar akan nasihat yang akan diberikan kepadaku

Maka jadikanlah dirimu sadar akan nasihat itu.

Ibnul Jauzi mengingatkan, “Jangan kamu remehkan dosa walaupun ringan.Kerana rumput yang lemah jika dianyam bisa menjadi tali yang kuat, hingga mampu mencekik unta yang gemuk.”

Semoga yang sedikit ini bermanfaat.Marilah kita untuk sentiasa Mengajak Dan Menebar Kebaikan bagi para sesama.

Kami beristighfar kepada Allah.Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan selawat,salam dan keberkatan kepada Nabi kita Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya serta seluruh pengikut beliau.

Tuesday, December 7, 2010

Siapa Luqman Al-Hakim??


Siapa Luqman Al-Hakim??

Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

Para ulama’ semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang yang Ahli Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah (kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah.

Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.”

Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pulan jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”

Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu.

Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”

Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad s.a.w.)